-=+[ Blog Beruang Panda-i ]+=-

Kisah ALLAH tidak Wujud :




Allah TIDAK wujud~!!
Yea, nik sengaja wat ‘tittle entry’ mcm tue~
Supaya korang tertarik dan berkata~
“eh, ALLAH x WUJUD~?? Biar betol nik neh~”
“ko nie ISLAM kea pew nie nik~??”

Yea, agama nik, ISLAM~
Dan nik sengaja wat mcm tue, utk tarik korang~
Klu nik wat tajuk “ALLAH itu Wujud~
Mesti korang Xnk baca kn~??
Sbb, korang pun da tau dan sedia maklum~
Memang ALLAH itu da Wujud~
Jadi, wat pew korang nk baca kn~??

Anyway, nik nk mintak maaf k, wahai kwn2 yg budiman~
So, meh nik nk cerita skit kat korang~
Citer psal “Allah TIDAK Wujud” nie~

Di suatu pagi yg indah~
Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutny~
Apabila tukang gunting itu memulakan tugasny, mereka pun mula lah berborak dan bercakap mengenai banyak perkara~
Tapi.., bila mereka mula berbicara mengenai ALLAH~
Tukang gunting itu pun berkata, “saya X percaya ALLAH itu wujud~”
“kenapa kamu kate begitu~??” Tanya lelaki tersebut~

“cuba kamu keluar ke tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa ALLAH itu Wujud, kalau betul lah ALLAH itu Wujud, kenapa ramai sngt org sakit kat luar sana tue~??”
“kenapa masih ada kanak-kanak terbiar~??”
“kalau betul ALLAH itu Wujud, dah tentu tiada kesakitan dan kepenatan dalam dunia nie~”
“sy pun X dapat bayangkan, sedangkan ALLAH itu penyayang, tetapi..,”
“sanggup membiarkan semua ini berlaku~??” kate tukang gunting tersebut~

Lelaki tue pun berfikir sejenak~
Tapi.., dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran~

Selepas tukang gunting tersebut menghabiskan tugasnya~
Lelaki tersebut pun berlalu pergi~
Tapi.., selepas beberapa langkah~
Lelaki tersebut ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus~
Lalu, lelaki tersebut berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting tersebut dan berkata~
“tidak kah kamu tahu, yang sebenarny, tukang gunting pun tidak wujud~??” kateny~
Lalu, tukang gunting berasa hairan, lalu bertanya~
“kenapa kamu cakap mcm tue~??”
“sedangkan, sy baru saje habes gunting rambut kamu tadi~” kate tukang gunting tersebut~

“Tidak~!!” kate lelaki tersebut~
“kalau betol tukang gunting itu wujud, dah tentu tiada org yg berambut panjang, tidak terurus, selekeh dan berjanggut panjang mcm lelaki kat tepi jalan tue~” kateny lagi~

“Ah~!, tukang gunting memang wujud~!”
“lelaki tue jadi macam tue sbb dia tak datang kpd sy utk gunting rambut ny~” kate tukang gunting tersebut~

“Tepat sekali~”
“Thats the point ok, ALLAH juga memang Wujud~”
“sbb itu lah yg terjadi keperitan dan penderitaan~, jika manusia TIDAK mengingati-Nya dan TIDAK kembali pada-Nya utk memohon pertolongan~” kate lelaki tersebut~



So, korang semua paham sekarang kn~??
Yang ALLAH itu, memang dan Benar2 WUJUD~!
Dan, itu adalah salah satu dari sifat-Nya~

Wujud itu bermaksud ADA~
Wallahua’lam~
Wassalam~



p/s : jangan lupa hafal sifat 20 ALLAH k~ supaya kita kenal ALLAH dan lebih dekat dengan-Nya~ utk senang menghafal~ korang ley lar degar lagu~ RAIHAN : sifat20~ sama-sama lah kita~ wassalam~



Wujud(ada),
Qidam(Sedia),
Baqa(kekal),
Mukhalafatuhu lilhawadith(tidak menyamai dgn sesuatu yg baru),
Qiamuhu binafsih(Berdiri-Nya dgn sendiri),
Wahdaniat(Esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya),
Qudrat(berkuasa),
Iradat(berkehendak menentukan sesuatu),
Ilmu(Mengetahui),
Hayat(hidup),
Sama’(mendengar),
Basir(melihat),
Qalam(berkata-kata),
Kaunuhu Qaadiran(keadaan-Nya yg berkuasa),
Kaunuhu Muriidan(keadaan-Nya yg berkehendak menentukan)
Kaunuhu ‘aliman(keadaan-Nya yg mengetahui)
Kaunuhu Hayyan(keadaan-Nya yang hidup)
Kaunuhu Sami’an(keadaan-Nya yg mendengar)
Kaunuhu Basiiran(keadaan-Nya yg melihat)
Kaunuhu Mutakalliman(keadaan-Nya yg berkata-kata)


suda baca kawan-kawan~??

sila LIKE jika anda suka~

sila SHARE jika ianya INFO berguna utk semua~

sila COMMENT jika mahu memberikan sedikit komitmen~

Terima Kasih atas tindakan anda semua, Nik sngt menghargainy~ ^^

© 2011 Profile : Mr.niklodeon [♂] : All Rights Reserved.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...