-=+[ Blog Beruang Panda-i ]+=-

Hukum Contact Lens :

~Hukum Contact Lens~



Assalamualaikum w.b.t…,
Salam hormat bg smua pembaca Blog nik~

Nik ada benda nk kongsi pada rakan2 seperjuangan nik sekalian~
Isu ini sudah lama nik utara kan dalam Facebook nik~
Tp, nik tidak terbitkan dalam Blog nik~

Okies, back to Topic :

Kanta lekap~??
Tahukah kawan2, apa itu Kanta Lekap~??
Kanta Lekap merupakan satu alat perubatan~
Yg mana digunakan untuk memperbaiki masalah mata~
iaitu bermasalah pd kornea mata~

ok, sekarang kita sudah tau bukan “Definisi” ny~??
Itu lah Kanta Lekap atau dgn panggilan Famous ny~
Contact LENs~!!

Akan tetapi kawan2~
Nik bukan nk cerita kan kat sni tentang~
jenis kanta lekap, warna dia, bentuk dia, corak kanta lekap itu~
Mahupun fakta sains tentang Kanta Lekap~
Tapi, nik ingin bincang dan kongsi dgn kawan2~
HUKUM memakai Kanta Lekap dalam ISLAM~

Sebagaimana sabda Nabi SAW daripada Umar Al-khatab RA berkata :

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : “Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat-niat~ dan sesungguhnya, bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi ganjaran berdasarkan) untuk apa diniatkannya….” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, jelas kawan-kawan~
Setiap perbuatan itu adalah bermula dengan niat~
Dan setiap ganjaran yg d’berikan oleh Allah~
Adalah berdasarkan niat kita~

Formula niat :
NIAT yg betul + Perbuatan ny mengikut Sunnah
= adalah DITERIMA oleh Allah ~
NIAT yg betul + Perbuatan ny yg melanggar syara’
= adalah DITOLAK oleh Allah ~
NIAT yg TAK betul+ Perbuatan yg bagus~
= adalah DITOLAK oleh Allah ~
NIAT yg TAK betul + Perbuatan yg TAK betul~
= lagi lah DITOLAK oleh Allah~

Jadi, dalam memakai Kanta Lekap~
Terdapat dua (2) Tujuan/Niat dalam memakai kanta lekap itu sendiri :



1- Tujuan perubatan :

iaitu orang yg memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya~
iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata~
Maka, Hukumnya adalah harus dgn syarat~
Ia tidak mendatang mudarat kepada mata si pemakai~



2- Tujuan perhiasan :

iaitu memakainya sekadar suka-suka~
bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata)~
Ia termasuk dalam hukum perhiasan~
perhiasan di HARUS kan dalam Islam~
selagi mana tidak melanggar batasan Syara’~
apakah batasan syara’ itu~??

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj :

* Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian~
secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita~
sehingga menarik perhatian ramai~
tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (yakni aurat)~

b) Tidak mendatangkan fitnah :

*iaitu tidak menimbulkan ghairah orang lain~
terutamanya wanita~
(yakni TIDAK harus wanita memakai perhiasan yg boleh
mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya)~

c) Tidak mengubah ciptaan ALLAH :

*yg nie nik pasti, rmai yg masih keliru maksud “mengubah ciptaan ALLAH itu~”
Mungkin kita tahu, Mengubah ciptaan ALLAH itu bermaksud~
“mengubah sesuatu ciptaan yg Allah kurnia kn kpd kita~”
Tp, apakah yg ALLAH maksud kan dgn mengubah ciptaan ny itu~??
Nik ambik satu contoh k :
Seorang manusia normal mempunyai mata yg elok sebagaimana manusia lain~
Tetapi, dia masih merasa kn mata ny masih ada kekurangan~
Apabila melihat mata manusia yg lain matany yg…,
(bersaiz besar, bulat, mahupun hitam *contoh)
Sedangkan, matany adalah normal (tiada kecacatan)~
Dalam erti kata lain, mengubah kerana ingin sesuatu yg LEBIH baik drpd baik~
Ataupun mengikut sesuatu Trend, mahupun budaya~
Adalah HARAM dalam Islam~
Kecuali mata ny CACAT atau Tak Normal seperti manusia yg lain~

d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan :

*iaitu memakai dan menghias diri~
bukan kerana ingin menipu seseorang~
dgn niat jahat mahupun niat baik~
utk kepentingan diri~

e) Tidak menyerupai perbuatan org2 kafir :

*iaitu dgn meniru gaya barat~
Kerana, kebanyakan budaya barat~
Suka membuat cara(style) mereka masing2~
Kerana mempunyai agenda mereka tersendiri~
“Org pkai camni, kita nk ikut~”
“Org pkai camtue, kita nk ikut~”
“Semua benda kita nk ikut~”
mcm mn plak dgn org terjun longkang~??
nk ikut~??
Hehehe~ ^^

f) Tidak berlebih-lebihan dalam berhias :

*iaitu memakai sesuatu tidak melebihi kadar hias~
Yg d’tetap kn dalam Islam~
Sebagaimana Firman Allah :
"...janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti org2 jahiliah..." (al-Ahzab:33)

g) Tidak memudaratkan kesihatan :

*iaitu tidak merbahaya sehingga memudaratkn kpd kesihatan~
Dari segi berpakaian, mahupun berhias~

Note :
Jadi, merujuk kpd syarat2 di atas~
sebahagian ulama’ telah memfatwakan HARAM memakai~
Kanta Lekap atau Contact LENs yg berwarna~
( yakni mengubah warna mata yang asal )~
kerana ia mengubah ciptaan Allah~
berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir~
di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri~
tambahan lagi bg seorang perempuan~
ia boleh menimbulkan Fitnah~
( iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya )~



Nak pakai jugak~??
TAK salah kalau nak pakai~
Tetapi……..,
Perbetul kan NIAT kita dlu k~

Bak kata kawan nik :

“PAKAI KANTA CINTA.......”
“SEMUA INDAH~”
“PAKAI KANTA HATI........”
“SEMUA TERSERLAH~”
“PAKAI KANTA LEKAP.......”
“X ORI LAH!!!” by | | |Deedymyself| | |

Promote skit : "jangan lupa bagi hadiah nati yea DD~" =P

Kuang kuang kuang~ xD

Wallahua’alam~

Wassalam~



suda baca kawan-kawan~??

sila LIKE jika anda suka~

sila SHARE jika ianya INFO berguna utk semua~

sila COMMENT jika mahu memberikan sedikit komitmen~

Terima Kasih atas tindakan anda semua, Nik sngt menghargainy~ ^^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...