-=+[ Blog Beruang Panda-i ]+=-

Wahai Wanita : KHAS buat WANITA :

~Wahai Wanita : KHAS buat WANITA~



Assalamualaikum~!!

TAK jawap DOSA, jawap SAYANG~
hehehe~ ^^

hari nie terbaca Entry BEST dari Cik Epal~
Berlagu Syahdu gitu dia ny Entry yea~
hahahaha~ xD

Syahdu ny berbunyi seperti berikut :

(paham dan selami maksud tersirat ny~!!)

---CIK EPAL bersyahdu---

Wahai Lelaki ....
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

p/s: Hati wanita bukan untuk dipermainkan

---CIK EPAL berhenti bersyahdu---

haaaaaaaaaa, da habes baca~??
ade kaum lelaki tercengang kat sini~??
harap xde lar kan~

so, nie kiriman KHAS buat Cik Epal manis~
(pandai jer aQ nambah 'manis' kat situ)
hahahaha~ xD

Syahdu ku berbunyi begini :



---enCIK BERUANG PANDA-i bersyahdu---

Wahai Wanita :

Wanita..,
Apakah itu wanita~??
Wanita itu d’ibarat kan sebiji Epal~ (bukan Cik Epal ok) =P
Yang berbungkus kerana manis mahkotany~

Wanita..,
Wanita yang solehah sentiasa menjaga mahkota diri nya~.
Wanita yang solehah sentiasa mendoakan perlindungan untuk lelaki dan diri nya~.
Wanita yang Solehah itu tidak meminta-minta daripada lelaki melainkan daripada-Nya~.
Wanita yang solehah sentiasa menjaga aurat daripada kacamata lelaki lain nya~.
Wanita yang solehah sentiasa menjaga tingkah laku nya~.

Wanita..,
Wanita yang bijak sentiasa memahami isi hati lelaki nya~.
Wanita yang bijak itu tidak keluar dengan bukan muhrim nya~.
Wanita yang bijak itu tidak hanya bijak pada tutur kata nya~.
Wanita yang bijak itu tahu akan kelemahan diri nya~.
Wanita yang bijak itu tidak menggoda lelaki nya~.

Yaa.. Syakirah..!! (wahai wanita yang bersyukur)
Jadilah pendinding nafsu lelaki~!!
Jadilah senjata iman lelaki~!!
Jadilah pengubat hati lelaki~!!

Jadilah wanita..,
Sebagaimana Aisyah R.A yang terkenal dengan tinggi Ilmu nya~.
sehingga menjadikan diri nya guru bagi kaum lelaki sepanjang hayat hidup nya~.

Jadilah wanita..,
Sebagaimana Sumayyah yang terkenal dengan kekuatan iman nya~.
yang mempertahankan lelaki yang disayangi dan dicintai nya~.

Jadilah wanita..,
Sebagaimana Ratu Balqis yang terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaan nya~.
Yang sukakan kedamaian dalam perjuangan nya~.

Jadilah wanita..,
Sebagaimana Shafiyyah yang terkenal dengan keberanian dalam menegakkan Agama nya~.
Yang sayang kan Nabi sejak dari waktu kecil nya~.

Jika engkau tahu, bertapa istimewa nya wanita itu berbanding seorang lelaki itu~
Nescaya dikau akan taat, patuh, menjaga dan menolong lelaki mu~
Sebagaimana lelaki taat, patuh, menjaga dan menolong dirimu~

p/s : kata-kata ku bukan hanya sekadar puisi : kerana aku adalah lelaki :
“hati lelaki bukan untuk di manipulasi”.

---enCIK BERUANG PANDA-i berhenti bersyahdu---

p/s : sory pakai gambar anda wahai CIK EPAL~
search kat Google, tetiba kuar gambar tue~
cilok jer lar yea~!! =P

Wallahua’lam~.

Wassalam~.



suda baca kawan-kawan~??

sila LIKE jika anda suka~

sila SHARE jika ianya INFO berguna utk semua~

sila COMMENT jika mahu memberikan sedikit komitmen~

Terima Kasih atas tindakan anda semua, Nik sngt menghargainy~ ^^

© 2011 Profile : Mr.niklodeon [♂] : All Rights Reserved.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...